BERITA TERBARU BERKENAAN DUNIA ISLAM DALAM DAN LUAR NEGARA
IstimewanyaOrangBercinta.
Betepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak menyintai,
akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Itulah lumrahnya apabila
bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al
Waduud' itu cinta yang pasti berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan
dan disambut Allah dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan kedudukannya.
Cintanya yang tidak pernah luput walau sesaatpun malah terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
CintaSeindahDiucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia menyintai Allah. Tapi
tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar menyintai Allah.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapa diantara hamba-hamba-Nya yang benar-benar
menyintai-Nya.
Orang-orang benar-benar menyintai Allah sanggup berbuat apa saja kerana-Nya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, isteri dan lain-lain lagi diberikan
perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa saja, pastilah terhadap Allah
lebih-lebih lagi. Malah sanggup bersusah-susah kerana Allah yang dicintai
dengan melakukan segala kesukaan-Nya dan menjauhi kebencian-Nya. Di waktu
orang lain lena dibuai mimpi, dia bersusah payah bangun mengerjakan solat
dan berzikir. Sedang yang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati,
dia bermujahadah (melawan nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan
larangan Allah SWT yang dikasihi-Nya lebih utama.
TandaCinta.
Tanda seseorang itu menyintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa,
berkorban untuk-Nya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu
kerja-kerja menegakkan agama dan segala hal-hal kebajikan dan kebaikan.
Dia patuh melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah
sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim
kerana Allah dengan menjaga batas-batasnya, saling nasihat-menasihati,
saling kunjung-mengunjungi kerana Allah, saling beri-memberi kerana Allah
demi keredhaan-Nya, tidak kerana yang lain.
Allah melimpahkan kecintaan-Nya dan menempatkan orang-orang yang dicintai-Nya
itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isytiharkan
cinta-Nya didalam Al-Quran kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah,berbuat
kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang sabar". -Ali Imran :146
"Dan Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebajikan". - Ali Imran :134
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyintai orang-orang yang menyucikan diri". -Al Baqarah :222
UntungnyaOrangBercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,
cinta dan kasih sayang-Nya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah
dan mendapat balasan cinta-Nya, seluruh isi langit dan bumi akan turut
menyintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang menyintainya turut
mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah
hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah beri kebahagiaan
yang abadi. Begitulah istimewanya bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta
itu.
Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah
dengan-Nya, Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pastinya
akan mendapat balasan cinta yang istimewa dari-Nya. Usahkan di Akhirat,
didunia lagi terasa di hati balasan cinta-Nya.
Insyaalah Topik Yang Akan Datang Adalah Seperti Berikut:
Lihat Gambar-Gambar Yang Membuktikan Kebesaran Allah SWT
Peti Cadangan < [email protected]
Topik Yang Akan Datang Adalah Seperti Berikut:-
Siapa Calon Isteri Idaman Menurut Islam.
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Cerita Para Ahli Sufi
Berita Terkini Islam Dari Luar Negara
Riyadhus Shalihin (Taman Kaum Shalihin)
Gambar Makam Para Wali Allah Dan Ceritanya
Kisah Benar Dari Kawasan Utara
Berita Terkini Sahabat Kita Yang Bertabliq Diluar Negara
Nasihat Terakhir Dari Sheikh Abdil Qadir Jailani ( Seorang Wali Allah Yang Teragung)
Dengan ini dicapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa ke home page ini. Home Page ini akan siap seperti yang dirancangkan secepat mungkin. Dan diharap semua mendapat manfaat dari apa yang saya mampu lakukan untuk sahabat sekalian.
Yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik itu adalah kesilapan, kesalahan,
diri saya sendiri.
Wallahualam.
(Putera_PG)